Kontraktor Jalanan

Kontraktor Jalanan
Bedah buku
-------------------
Mengenali Puan Mahanom Mohamad ketika Konvensyen Penulis 2018, awal tahun ini membawa saya memiliki buku ini. 

Ini merupakan buku kedua beliau, selepas terbitnya buku pertama, Kontraktor Jalanan Siri 1-Budak Kecil Gigih Berlari.

Beliau menerbitkan buku ini apabila merasakan bahawa pengalaman berharga beliau dan suami dalam menempuh badai sebagai kontraktor, wajar dikongsikan untuk pedoman anak-anak muda.

Yang menarik perhatian saya ialah, beliau mula menglibatkan anaknya dalam legasi bisnes ini bermula ketika anaknya berumur 7 tahun.

Tugas buat si anak adalah merekodkan traksaksi jual beli ke dalam rekod akaun. Anak ini membesar dengan memdapat pendedahan apakah itu jualan, belian, kos, untung dan rugi. Hari ini, anak ini berganding bahu bersama memecut laju bisnes keluarganya.

Ada satu pendedahan eksklusif yang membuatkan saya tidak berdaya untuk berhenti menyelak setiap halaman buku ini.

Apakah dia?

Beliau dengan berani mendedahkan kebobrokan amalan rasuah yang meloyakan.

Amalan yang tidak masuk akal bagi insan yang waras. 

Terdetik di hati, 'Benarkah sebegini buruk amalan rasuah?'

Saya mengambil masa untuk percaya. Tetapi apabila rahsia terkini mengenai 1MDB tersingkap, maka, tidak hairanlah mengapa pendedahan eksklusif Puan Mahanom ini boleh terjadi.

Saya masih ingat pesan beliau, "Kamu tulis sahaja kisah kamu. Kerana setelah siap buku itu, pasaran sasaran sentiasa ada di luar sana. Kamu hanya perlu cari jalan agar buku kamu sampai kepada mereka."

Dalam buku ini juga, beliau membawa pembaca melihat ruang bisnes dari sudut pandang yang berbeza. 

Nasihat beliau, apabila pasaran sedia ada mula mengecil, teroka pasaran baru. 

Banyak lagi yang beliau kongsikan.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kontraktor Jalanan (A5)
2
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

Resit
theceosdnbhd@gmail.com
+60163234709