Perkhidmatan Company Secretary

Kenapa perlu Company Secretary @ Setiausaha Syarikat?
A. TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN
- Setiausaha Syarikat akan menyediakan dokumen Memorandum dan Arikel (M & A) bagi setiap syarikat mengikut jenis perniagaan. Peraturan dan Perlembagaan yang tertera di dalam M & A kekadang berbeza bagi setiap Syarikat. Sebagai contoh perkara mengenai Perlantikan Pengarah, Penjualan Saham, Bilangan Ahli dan sebagainya. Antara dokumen lain seperti Borang 13A, Borang 24, Borang 49, Borang 44 dan berbagai borang lagi.
- Setiausaha Syarikat
berkebolehan dan memahami akan pekara yang berkaitan dengan Undang-undang Syarikat (Akta Syarikat) dan Peraturan-peraturan. - Setiausaha Syarikat perlu memastikan akan pematuhan prosedur yang betul dipatuhi selaras dengan M & A Syarikat yang tertera dan juga Akta Syarikat. 1965.
- Adalah menjadi tanggungjawab Setiausaha Syarikat memastikan setiap dokumen asal yang disimpan oleh Setiausaha Syarikat adalah sama dengan salinan yang diberikan seperti yang tertera didalam Buku Berkanun (Statutory Books), Buku Pendaftaran (Register Books) dan Dokumen Setiausaha (Secretarial Files).
- Setiausaha Syarikat juga perlu memahami dengan sewajarnya akan “Kod and Etika Setiausaha Syarikat” yang dibuat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dulu dikenali sebagai Pendaftar Syarikat (ROC) dan mendokumenkan secara terang akan tanggungjawab dan peranan Setiausaha Syarikat dan kod etika praktis.
C. MESYUARAT SYARIKAT
- Pihak Setiausaha Syarikat perlu berkebolehan mengetahui akan prinsip asas undang-undang Mesyuarat. · Pihak Setiausaha Syarikat hendaklah menasihatkan Para Lembaga Pengarah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sekurang-kurangnya sekali dalam tahun kalendar. AGM ini perlu diadakan walaupun Syarikat tersebut aktif atau tidak (Dormant). Jika tidak dilaksanakan, penalti akan dikenakan.
- Peranan Setiausaha Syarikat dalam menyelia mesyuarat syarikat adalah semata-mata sebagai pentadbir mesyuarat dan juga termasuk :
(a) Mengatur dan berkerjasama dengan Pengerusi dan atau Pengarah Urusan berkenaan dokumen dan agenda
(b) Menyediakan Buku dan Bilik Mesyuarat
(c) Menghadirkan diri dan merekodkan Minit Mesyuarat
(e) Memainkan peranan sebagai Penasihat kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah
(f) Menyerahsimpan dokumen-dokumen berkaitan - Minit dan Resolusi Mesyuarat yang disediakan haruslah mencerminkan mesyuarat yang diadakan dan didokumentasikan secara bertepatan, ringkas dan padat dan menggunakan bahasa yang mudah.
- Hasil dari Minit Mesyuarat dan Resolusi hendaklah disediakan melalui Kepala Surat Syarikat (Company’s Letterhead) dan disahkan oleh Pengerusi Mesyuarat dan/atau Setiausaha Syarikat.
- Pihak Setiausaha Syarikat hendaklah membentangkan kesemua Resolusi Pengarah yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Terdahulu pada Mesyuarat Lembaga yang akan datang sebagai peringatan.
![]()
Kadar Servis Company Secretary
1) Setup Sdn Bhd rm2500 (one time shj)
2) Retainer fees Rm80 (sebulan sekali)
3) Annual return rm800 (setahun sekali)
4) Surat Resolution Rm50 (base on request)
5) Akaun management sign up here bit.ly/akauntax
6) Audit by profesional Auditor Rm800 - rm10000 (depend on sales)
7) Pendaftaran Borang E & C Sdn Bhd Rm480 ( one time )
8) Submission TAX Borang C Sdn Bhd Rm997 (setahun sekali)
9) Perkhidmatan Pendaftaran GST untuk Enterprise / Sdn Bhd
jika anda dah ada sdn bhd, mungkin anda bercadang nak tukar company secretary lama anda ,
prosesnya dalam rm750.
Step untuk Urusan penukaran company secretary lama kepada baru iaitu ; -
a) maklumkan kpd Secretary lama utk pertukaran Secretary baru
b) selesaikan segala hutang tertunggak
c) berikan detail company secretary lama kpd secretary baru bg tujuan Secretary baru berhubung dgn Secretary lama
d) fee pertukaran Secretary
Apakah dia retainer fees setiausaha syarikat secara bulanan?
Yuran ini yg dicaj oleh firma kesetiausahaan mungkin berbeza mengikut firma kesetiausahaan yang berbeza. Walau bagaimanapun bagi kami pada dasarnya terdapat empat sebab utama mengapa kami mengenakan bayaran setiausaha syarikat sebanyak RM80 sebulan.
Menurut Akta Syarikat 1965 Seksyen 139 (1) setiap Sdn Bhd (syarikat berhad swasta) hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu setiausaha syarikat yang berkelayakan. Jadi RM80 sebulan adalah untuk pelantikan setiausaha syarikat.
RM80 sebulan termasuk yuran untuk menggunakan alamat pejabat kami sebagai pejabat berdaftar. Ini adalah keperluan di bawah syarikat-syarikat yang bertindak mempunyai pejabat berdaftar.
RM80 sebulan juga termasuk yuran untuk mengemas kini rekod berkanun syarikat dari semasa ke semasa. Sebagai contoh daftar ahli, daftar pengarah, pengurus dan setiausaha, daftar bayaran dll.
RM80 juga berfungsi sebagai yuran perundingan dari semasa ke semasa untuk memberi nasihat kepada pelanggan kami untuk isu-isu berkaitan kesetiausahaan.
info
DENDA2 SSM
![]()
jika anda perlukan sebarang pertanyaan boleh wasap ke wasap.my/60163234709
(a) Mengatur dan berkerjasama dengan Pengerusi dan atau Pengarah Urusan berkenaan dokumen dan agenda
(b) Menyediakan Buku dan Bilik Mesyuarat
(c) Menghadirkan diri dan merekodkan Minit Mesyuarat
(e) Memainkan peranan sebagai Penasihat kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah
(f) Menyerahsimpan dokumen-dokumen berkaitan


